Monday, 2 December 2013

Supplemen Untuk Migrain @ B-complex & Ostematrix membantu!

3 PUNCA SAKIT KEPALA yg biasa kita hadapi iaitu

-sakit kepala kerana tekanan
-sakit kepala kerana sinus
-sakit kepala kerana migrain

Antara ketiga-tiga ni sakit kepala yg "paling popular" ialah sakit kepala kerana MIGRAIN. Tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis berpendapat bahawa punca2 migrain ialah

*Kekurangan zat dan nutrisi
* Faktor keturunan
* Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
*Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
*Terlalu banyak mengambil kafein
*Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

No comments:

Post a Comment